Wednesday 29 June 2011

Permainan Tradisional Lompat Getah

Permainan tradisional merupakan permainan menjadi sebahagian daripada kehidupan nenek moyang kita. Walaupun begitu permianan tradisonal boleh dimainkan semula oleh golongan muda pada masa kini sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka .Salah satu daripada permainan tradisional adalah 'lompat getah' atapun dikenali sebagai 'zero point' oleh masyarakat setempat. Permainan ini dimainkan oleh golongan kanak-kanak sebagai permainan yang mudah didapati dan lebih lebih lagi merupakan permainan yang diakatakan 'mudah dibawa kemana-mana' kerana saiz getah kecil dan ringan serta tidak memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpannya.

  

Getah yang sudah disambungkan

Getah yang dimatikan hujungnya supaya tidak terurai ketika bermain


Permainan getah memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang pemain iaitu dua orang akan memegang getah kedua-dua hujung getah dan seorang lagi akan melompat. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan tetapi boleh juga dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Semakin ramai pemain, maka permainan akan menjadi semakin seronok. Apabila pemain melebihi daripada 3 orang, kumpulan akan dibentuk menjadi dua. Setiap kumpulan akan menunggu giliran untuk melompat. Setiap kumpulan mempunyai ketua masing-masing yang akan memulakan lompatan diikuti oleh ahlinya. 



Permainan akan dimulakan oleh ketua kumpulan dan akan menyebut perkataan 'zero point' ketika melepasi getah dan tidak boleh menyentuh tali getah dan sekiranya terkena, makan kumpulan lain akan menggantikan kumpulan tersebut melakukan lompatan. Tali getah akan diletakkan pada aras kaki sebagai permulaan permainan. Tali getah akan dinaikkan lagi ke paras lutut dan perlu melompat tanpa mengenai tali getah dan diikuti ke paras paha. 



Apabila selesai melepasi paras lutut dan paha, tali getah akan dinaikkan ke paras pinggang. Pada paras ini, pemain boleh menyentuh getah ketika melompat. Apabila pemain dapat melepasi paras ini, tali getah akan dinaikkan lagi ke paras dada, telinga dan kepala. Ahli kumpulan yang tidak boleh melompat pada paras pinggang boleh dibantu oleh ahli kumpulan yang lain ataupu istilah 'hidupkan ahli lain yang mati pada paras ini'. 



Apabila pemain dapat melepasi paras pinggang, dada, telinga dan kepala tali getah akan dinaikkan kepada sejengkal daripada kepala dan seterunya 2 jengkal daripada kepala. Seterusnya, tali getah akan dinaikkan daripada aras kepala setinggi yang mungkin. Pemain boleh 'memotong tali getah' iaitu menurunkan tali getah menggunakan tangan dan seterunya melakukan lompatan daripada aras sejengkal ataupun mengikut kehendak pemian itu sendiri. Pada aras ini juga ahli kumpulan yang lain boleh membantu ahli kumpulan yang lain yang telah 'mati pada aras ini untuk menghidupkan semula pemain itu' dan meneruskan permainan. Kumpulan yang melepasi aras yang tertinggi dianggap sebagai pemenang.


Bermain sememangnya seronok kerana tidak memerlukan peraturan yang tetap tetapi boleh diubah mengikut kehendak atau persetujuan pemain. Permainan lompat getah dimainkan di pelbagai tempat dan mempunyai peraturan yang berlainan. Walaupun begitu, permainan ini tetap menyeronokkan walaupun pelbagai 'versi' daripada tempat yang berlainan. Permainan getah bukan sahaja mencabar pemain untuk melakukan lompatan setinggi yang boleh tetapi juga mengeratkan lagi hubungan setiakawan. Permainan getah juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan bahan iaitu 'gelung getah' yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Walaupun permainan ini dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan ini tidak menghalang kanak-kanak lelaki mencuba dan bermain bersama kanak-kanak perempuan. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang supaya pemain mempunyai kawasan larian yang lapang bagi memudahkan lompatan. Gelak tawa dan riang gembira menceriakan lagi suasana semasa bermain amatlah bernilai apabila dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. 




1 comment: